Tuesday, March 01, 2016

Pinjam duit sama Ah-Long

<3 Assalamualaikum <3

Salam Hari Selasa hari ini.

Hari ni Ennor mau cerita sikit pasal Ah-Long.
Tau kan apa tu Ah-Long? Siapa diorang kan?

Ramai yang tau Ah-Long ni tempat orang pinjam duit.
Kalau di KK ni banyak tu kamu boleh jumpa Ah-Long punya kedai.
Ada yang buat banner besar-besar lagi

'Syarikat peminjam wang berlesen'

Ntah betulkah ada lesen? 
Saya sendiri pun tidak tahu... 
Ada juga yang buka kedai jual handphone, jual emas...
Tapi, cuba kamu tengok di dalam sikit ada satu opis yang becermin gelap.
Tahu apa tu?
Haaa itu lah pejabat diorang... kebanyakanlah ada buat macam tu.

Ramai orang cakap Ah-Long ni jahat suka pukul orang ada yang sampai mau bunuh orang pun ada.
Oke....
Siapa yang dia buat macam tu?
Mesti lah sama peminjam kan?
Yang meminjam tu pun satu....

Kalau kamu sudah buat pinjaman...cubalah merajinkan diri membayar.
Kalau bayar tiap-tiap bulan takkan lah diorang (Ah-Long) tu pigi cari kamu.
Mo pukul kamu...kan?

Ni tidak... Sudah kamu datang pigi tempat Ah-Long mau buat pinjaman sampai ribu-ribu 
(muncung ni  bibir mau sebut tu ribuuuu)
Lepas tu kamu lari... tidak mau bayar balik.

Hei Agak-agak la... sudah orang tolong bagi pinjam duit. Bayar lah balik.
Siapa tidak marah kena buat macam tu. Even kawan sendiri pun boleh naik marah.
Betul ka tidak?
Nda kamu naik angin kalau kawan pinjam duit,janji bayar balik. 
Tup-tup buat tidak tahu... Hoiiisshhh
Hangin satu badan hooooo

Dijadikan satu cerita

Saya ada saturang kawan yang kerja di syarikat peminjam wang ni.
Satu hari dia telefon saya mau makan tengahari sama-sama.
Jadi saya pun pigi lah kedai tu.

Masuk saja terus tu tauke tegur saya.
"eh ni kawan Maya ka?" saya angguk ja.
 Terus dia bagi satu tin cola dan beberapa bungkus biskut. 
Hoh! bagus punya Tauke.. hahaha
"Maya, sudah la buat kerja tu.. bawa kawan kau pigi lunch" 
Kaan bagusnya tauke dia. 

Saya nampak ada lelaki di sana, rasanya dia mau buat pinjaman.
Tapi macam belum selesai lagi tu.
"Macam mana Tauke? boleh ka tidak?" Dia tanya.
"Sorry lah bos, kau mau pinjam telampau banyak ba 7k, nda cover nanti"
"Kamu ni! bukannya banyak tu.. saya memang perlu itu 7k!!" dia cakap.
huih! banyak juga dia mo pinjam.
"Iya bos. tidak boleh...kau punya gaji berapa saja..kalau sudah potong tinggal berapa saja.."
itu taukey cuba pujuk lagi.
"Ah-long apa kamu ni?!! itu pun nda boleh kasi loan ka?"
"Bukan tidak boleh... tapi telampau tinggi untuk gaji kau"
"Aaah!!! sudah lah kalau tidak mau bagi pinjam saya cari kedai lain!"
Terus ni lelaki berdiri buka pintu dan hempas tu pintu nasib baik pintu tu ada dia punya penahan,
kalau tiada pecah sudah kali tu.

"Gila punya olang.. dia pinjam telampau banyak.Nanti dia terima gaji. 
apa dia mau kasi makan anak bini dia ooo"
"sabar lah bos..." Ada satu budak yang mungkin pekerja dia.
"Saya pun manusia juga, saya pun bapa juga, saya pun ada anak sama bini mau kasi makan."
Saya senyum saja.
"Saya tau nanti dia tidak dapat bayar balik... saya balik susah oo.Saya tidak suka ni yang mo main kasar pigi minta bayar balik" bebel itu taukey... 
ada perasaan juga ba ni ah-long ni.
"Taukey memang the best maah... tu sebab kami bertahan kerja sini" jawab kawan saya si Maya.
ada mau 3 tahun sudah dia kerja di kedai tu.. waktu tu.. sekarang itu taukey sudah buka kedai jual perabot.
Si Maya pun kerja sana.Macam dia kerja sana pun 4 tahun sudah.
Bos baguskan? jadi pekerja pun bertahan lah.. setia dan amanah lagi.

Nda juga semua Ah-long tu kasi pinjam kita duit berapa saja kita mau.
Ada juga Ah-long yang kasi limit jumlah pinjaman. 
supaya bila kita bayar balik ada lebihan gaji tunai dalam tangan ba.
Ni ada juga saya nampak orang-orang ah-long datang cari peminjam.
Ni mesti kes pinjam duit, kasi tinggal kad sama tu ah-long.
Lastly dia kasi pindah gaji dia pigi akaun bank lain.
nda kah kejam tu.... mencuri tu nama dia tu.

Pesan EpZ: Peribahasa Arab. "berhutang jangan, memberi hutang pun jangan. Nanti kawan menjadi lawan"
Sun