Friday, June 17, 2016

Nurul Masuk Kecemasan Lagi

<3 Assalamualaikum <3

Salam 12 Ramadhan

Alhamdulillah hampir dua minggu sudah kita berpuasa kan?

Mesti ada sudah yang start buat persiapan raya ni..

Saya? emm... belum ada lagi.
Langsir pun tinggal 20% baru siap.
Rumah belum habis cat..

Kuih muih, biskut biskan pun belum...
Rasa-rasa besok baru start buat.. itu pun buat kuih siput ja..
(favorite anak-anak)

Tahun ni macam tak berapa semangat nak raya...
Tengok keadaan Nurul yang sakit ni macam kurang seri rasanya.

Subuh 16/06/2016 Nurul kami bawa pergi ke Kecemasan Hospital Tuaran.
Sebab dia sangat lemah dan pucat. Batuk semalaman saya betul-betul tidak tahan hati tengok keadaan dia. Terus kami bawa ke sana pada jam 5 pagi.

Sampai sana, Nasib baik tak ramai pesakit.
Nurul di beri bantuan oksigen memandangkan SPO2 dia kurang dari 90%.
Doktor bertugas cakap suspect ada jangkitan dalam paru-paru.
Nurul kena buat X-Ray. Keputusan X-ray menyatakan ada sedikit jangkitan dalam paru-paru dia. Kesian Nurul terlentang di katil dengan bantuan oksigen dan IV drip.
Tapi, doktor bagi tau kena tunggu keputusan darah dulu mau tengok tahap mana jangkitan kuman tersebut.
Doktor juga bagitau yang Nurul akan ditahan di wad. Saya sangat berharap supaya dia cuma ditahan di Hospital Tuaran saja bukan di Hospital Queen Elizabeth 2. Jauh sangat.
Doktor cuba menghubungi doktor pakar jantung di HQE 2 tapi tidak dapat dihubungi.
Kemudian dia menghubungi pula doktor pakar pediatrik di Hospital Wanita dan Kanak-kanak untuk minta pendapat.
Doktor pakar tanya tentang keputusan darah. Keputusan ditangan doktor, dia bagitau semuanya normal (Alhamdulillah).
Jadi Doktor Pakar Pediatrik nasihatkan Nurul boleh pulang cuma diberikan ubat antibiotik, paracetamol, ubat batuk (biji) dan multivitamin.
Lebih kurang 9 pagi barulah Nurul di benarkan pulang dan diberikan cuti sakit selama dua hari sampai hari ini.

Malam semalam Nurul tidur nyenyak cuma dia tidur di tambah bantal 2 biji barulah dia selesa dan mudah bernafas. Pagi tadi rasa macam tidak mau pgi kerja saja. Tapi sudah tanggungjawab sebagai pekerja kena buat saja. Mak mentua pun cakap dia akan tengok-tengok Nurul. Memang selama ni dia yang tolong jaga Nurul.
Terima Kasih Mak (mentua).

 Rasanya itu saja Ennor mau kongsi hari ni.

Terima kasih - wassalam...

Pesan EpZ: Tanggungjawab sebagi Ibu, Isteri dan pekerja adalah sinonim dengan seorang wanita.

No comments:

Post a Comment

Komen yang baik2 saja dan mudah difahami...

Sun